IPOH: Perak akan meneruskan Kempen Tanpa Beg Plastik dan mengenakan caj penggunaan dengan nilai minimum 20 sen bagi setiap helai bermula tahun ini.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau negeri, Mohd Akmal Kamarudin berkata, keputusan pelaksanaan kempen itu dicapai dalam Mesyuarat Menteri-Menteri Alam Sekitar dan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang Bertanggungjawab Mengenai Alam Sekitar (MEXCOE) di Putrajaya, baru-baru ini.
Bagaimanapun, sebelum pelaksanaan itu dikuatkuasakan, Mohd Akmal berkata, pihaknya akan terlebih dahulu menyediakan kertas kajian sebelum perkara itu dijadikan sebagai dasar negeri.
"Insya-Allah, saya sudah maklumkan dalam mesyuarat Exco agar kempen itu diteruskan… pada tahun ini juga kita akan mulakan caj penggunaan plastic kepada pengguna.
"Kita (Perak) akan bekerja kuat untuk mengurangkan pencemaran plastik itu, kerana difahamkan dalam mesyuarat (Menteri Alam Sekitar dan Exco) tersebut ada sesetengah tempat mengalami banjir kilat disebabkan longkang tersumbat dengan plastik," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Seminar Pematuhan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 oleh Premis Yang Ditetapkan Buangan Terjadual dan Majlis Penyerahan Lesen Sempena Sambutan Hari Biodiversiti Antarabangsa Peringkat Negeri Perak, di sini pada Khamis.
Hadir sama, Timbalan Pengarah Kanan Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak, Abdul Aziz Parmin.
Dalam pada itu, Mohd Akmal berkata, kerajaan negeri juga akan menjalankan kempen kesedaran dalam kalangan pengguna terlebih dahulu sebelum melaksanakan caj kepada beg plastik.
"Melalui kempen (kesedaran) dulu dan seterusnya mengenakan caj kepada mereka yang mahu menggunakan plastik.
"Untuk maklumat lanjut nanti kita akan kongsikan, selepas kertas kerja siap daripada pihak Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN) untuk diangkat ke mesyuarat Exco.
"Sebelum ini memang ada hari-hari tertentu yang dikenakan caj (beg plastik) tetapi ia hanya kempen. Selepas ini ia akan dijadikan dasar negeri," katanya lagi.
Terdahulu media melaporkan, semua kerajaan negeri bersetuju untuk melaksanakan caj pencemaran plastik dengan nilai minimum 20 sen bagi setiap helai beg plastik melalui Kempen Tanpa Beg Plastik seperti yang telah dilaksanakan di Pulau Pinang, Selangor dan Johor.
Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dalam kenyataan pada Selasa berkata, kementeriannya telah mendapat mandat daripada mesyuarat Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan ke-76 untuk mengenakan caj pencemaran itu.
Katanya, beberapa negeri lain sedang dalam perancangan untuk mula melaksanakan kempen ini beserta kutipan caj tersebut bermula dengan fasa awal iaitu kesedaran pengguna.
Aida Aziz
Thu May 19 2022
Perak akan meneruskan Kempen Tanpa Beg Plastik dan mengenakan caj penggunaan dengan nilai minimum 20 sen bagi setiap helai bermula tahun ini. - Gambar hiasan
'Ibu tak pandai, biarlah anak pandai' – Anak Zarina Zainuddin raih keputusan SPM 6A
Menurut Zarina, anaknya itu memperoleh gred A dalam enam mata pelajaran dan dua B.
Tapak pemprosesan bangkai haiwan haram diarah tutup serta-merta
Pengusaha tapak pemprosesan bangkai haiwan secara haram di Kampung Baru Chenderong diarah menghentikan operasi serta-merta.
Angka kematian akibat taufan, puting beliung di AS cecah 18 orang
Bilangan yang terkorban akibat taufan dan puting beliung di empat negeri Amerika Syarikat (AS) meningkat kepada 18 orang termasuk kanak-kanak, lapor Sputnik memetik laporan CNN pada Isnin.
PDRM nafi dakwaan polis gagal buat siasatan isu saham RM3.5 juta
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan dakwaan Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) yang mendakwa PDRM gagal membuat siasatan terhadap satu laporan berhubung isu jual beli dan
JKM kesan waris bayi ditinggalkan dalam kotak
Bayi berusia tidak sampai sebulan itu telah menerima rawatan selengkapnya dan kini berada dalam sihat di bawah jagaan JKM.
2 terkorban, ratusan ribu dipindahkan ketika taufan landa pantai Bangladesh
Pihak berkuasa di Bangladesh telah memindahkan ratusan ribu penduduk ke tempat selamat apabila siklon tropika di Teluk Bengal melanda pantai selatan negara itu, kata pegawai pada Ahad.
Tujuh kereta rosak dihempap pokok tumbang
JBPM menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 4.24 petang.
Kes demam denggi di Kelantan dijangka meningkat semasa Aidiladha
Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) menjangka kes-kes demam denggi di negeri ini akan meningkat semasa musim perayaan Aidiladha pada bulan Jun ini.
Farm Fresh bawa ‘cahaya’ pada kanak-kanak Malaysia
Program Susu Sekolah (PSS), Farm Fresh merupakan salah satu tanggungjawab sosial korporat syarikat.
Unjuran Indeks Harga Pengguna kekal
Hong Leong Investment Bank Bhd (HLIB) berkata langkah kerajaan baru-baru ini untuk merasionalisasikan subsidi bahan api bermula dengan diesel di Semenanjung Malaysia dijangka hanya memberikan impak kecil berikutan mekanisme fleet card dan pindahan tunai bersasar apatah lagi diesel hanya menyumbang 0.2 peratus daripada kumpulan IHP.
Perak kenakan caj penggunaan plastik 20 sen tahun ini
Negeri Perak juga akan bekerja kuat untuk mengurangkan pencemaran plastik di negeri itu.